Thursday, September 25, 2008

Murah rezeki,kesempurnaan diri sbg seorang muslim

Tajuk :Murah rezeki, kesempurnaan diri sbg seorg muslim..
Artikel ini dipetik dr www.mymasjid.com.my
=============================================================
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia
telah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk
bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan
akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :

" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari
hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi
orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau
akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau
kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat
maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi
orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan
sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau
melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin
Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk
golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka
engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya
engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan
dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain
nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan
(kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang
lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada
Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh
Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah
dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh
mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari
qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau
akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala
permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari
qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah
akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata
penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa
kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan
ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan
akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak
diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin:

" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi
kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini.... "




Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah

Mudah-mudaham bermanafaat untuk saya dan kita semua,
sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana saya
insan yang lemah.

0 comments: