Tuesday, August 5, 2008

Nakbah Palestin..pedulikah kita??

Salam islah,

Pernah dengar istilah Nakbah Palestin? Palestin sudah pasti acapkali didengari (cuma deritanya yang sering dialpakan), manakala Nakbah ialah satu perkataan yang agak asing. Mungkin ini kali pertama kalimah Nakbah menyinggah di benak.

Nakbah didefinisikan sebagai malapetaka. Jika istilah ini disatukan dengan Palestin, membentuk Nakbah Palestin; maka pengertiannya ialah penubuhan negara Israel jahanam. Bencana besar ini; yang langsung meragut kekudusan bumi Palestin berlaku pada tanggal 15 Mei 1948.



Ini bermakna; sudah masuk enam dekad tanah suci Al-Quds dijajah oleh kerajaan zionis Israel! 60 tahun; satu tempoh yang cukup panjang. Usaha tanpa henti pihak Israel selama bertahun-tahun, nampaknya membuahkan hasil yang ranum. Dengan huluran komitmen oleh kerajaan British dan PBB, seakan suatu pengiktirafan kepada rejim tentera Israel apabila beberapa bahagian dari tanah Palestin diisytiharkan sebagai milik rakyat Israel.

Sejarah membuktikan bahawa pihak British, yang bersekongkol dengan Israel; bersungguh-sungguh mendesak PBB agar menyenaraikan isu ini di dalam agenda badan antarabangsa itu. Lalu pada tahun 1947, telah diputuskan melalui 'Ketetapan 181' bahawa 2/3 dari tanah Palestin bertukar hak milik kepada pendatang Yahudi, manakala penduduk Palestin hanya berhak ke atas baki 1/3 lagi.

Tindakan ini jelas mencabuli hak asasi serantau; julung kalinya PBB yang sewajarnya memperjuangkan keadilan sejagat telah melanggar prinsip asasi itu. Masakan, bukankah itu suatu keputusan yang gila; apabila yang berhak telah dinafikan haknya, manakala yang langsung tak berhak diiktiraf haknya. Terang-terang bertentang dengan akal yang waras apabila si pencuri laknat bukan hanya dilindungi, malah diberi komplimen!

Lebih biadap bila keputusan ini dibuat sesuka hati mereka, tanpa langsung merujuk pada kerajaan Palestin.

Diberi satu situasi; Pak Pandir merupakan pemilik sah tanah sekangkang kera di Kampung Dusun, lalu tiba-tiba tanahnya itu dicerobohi oleh Pak Ismail. Oleh kerana perkumpulan Pak Ismail yang cukup kuat dilengkapi dengan bermacam jenis senjata; Pak Pandir tak mampu berbuat apa-apa. Lalu Penghulu Kampung Dusun; Haji Pibibi campur tangan atas nama diplomasi.

Runding punya runding dengan Pak Ismail; sambil mengabaikan Pak Pandir, lalu Haji Pibibi memutuskan bahawa tanah itu patut dikongsi bersama.

Err, bukan sekadar kongsi, tapi Pak Ismail berhak dapat lebih.

Adilkan keputusan ini? Hanya orang yang buta hatinya akan menerima keputusan gila ini. Letakkan diri anda di tempat Pak Pandir. Simpati saja tak cukup, cuba pertingkat ke arah empati yakni dengan meletakkan diri sendiri di posisi mangsa.
Pendudukan ini pada asalnya 2/3 untuk Israel manakala Palestin memperoleh 1/3.


Namun itu berpuluh tahun yang dahulu, lihat saja pada perkembangan yang cukup pesat di pihak Zionis Israel, sedangkan saudara kita di Palestin makin sesak nafasnya!
*Rujuk peta di atas; perkembangan negara Palestin-Israel dari tahun 1947 hingga 2000. Petunjuk: Hijau tua ialah tanah milik Palestin, manakala warna putih milik Israel*
Bumi milik Palestin kian mengecil, sedangkan si penjahanam itu terus meluaskan jajah takluknya. Tak mustahil, satu hari nanti negara Palestin akan dilenyapkan dari peta dunia, hasil tangan durjana Israel; musuh Islam yang nombor satu.
Diulang, musuh Islam yang nombor satu!
Butakah kita? Pekakkah kita? Bisukah kita? Atau hati kita yang berkarat? Mengapalah isu besar ini semakin dipersetankan? Sedangkan yang menderita bukan rakyat Palestin saja, sebaliknya umat Islam seisi dunia patut merasa sakit. Berapa kali perlu diulang; hampir-hampir terlepas kiblat kita yang pertama dan tanah suci umat Islam ke tangan yang amat zalim. Keadaan kini terlalu kritikal.


Seinci demi seinci bumi Al-Quds dinajisi, apa kita sekadar tersengguk pasrah? Enam puluh tahun berlalu, mempalit noda wajah-wajah kita. Paras yang kian terhina, sedang yang lain sibuk bergelak-ketawa. Cukupkah hanya berpeluk tubuh lalu menggeleng sekali sekala?

BANGKITLAH UMAT!!

sila lawati:

palestinkini

palestine info

0 comments: